Saturday 23 January 2016

dear Love,

Dia, mesti ada bila aku perlukan dia. kadang kadang tak perlu di panggil, dia dah datang mendapat aku. Rasa aku, dia ada perasaan yang sama aku rasa dalam hati ini, tapi entahlah.. siapa yang tau. Dia lah tempat aku bemanja, kadang bila ada masalah, akan aku ceritakan padanya, walau aku tahu dia langsung tak mengerti. Tapi kalau di beri pertanyaan, siapakah pendengar yang paling setia? jawapannya adalah dia. Sepanjang hampir setengah tahun kami bersama, tak pernah ku lihat dia senyum, tapi aku tahu jauh di sudut hatinya.. dia gembira bersama aku! Kami banyak menghabiskan masa bersama, selalu menaiki kereta bersama, menunggang motor pon bersama.. haha tetapi dia tak boleh memandu, jikalau aku menunggang motor, dia hanya membonceng sahaja.. Kami juga selalu merakam video bersama, tetapi yang selalu beria adalah aku, bukannya dia. Kelakar sungguh bila teringat waktu itu. Sehinggalah, tanggal 23 januari 2016 dia pergi meninggal kan aku.. Pergi untuk selamanya.. Kadang aku terfikir, di mana tempat aku hendak bermanja selepas ini? Masih aku ingat kali terakhir kami berjumpa, dia terlalu manja denganku. Tak pernah dia begitu, sehingga aku bertanya padanya, kenapa manja sangat ni? haha. Sungguh aku tak sangka, rupanya apa yang dia cuba hendak smpaikan adalah tanda pemergian dirinya. Yang dia tak akan kembali lagi, jadi kerana itulah dia hendak bermanja denganku, kerna tidak ada lagi kesempatan itu selepas ini.. Setelah difikirkan kembali, sebak hati ini kembali lagi, air mata aku mula menitis sekali lagi tanpa henti.. Di mana tempat aku hendak meluahkan perasaan selepas ini? Sudah terlalu banyak aku mengalirkan air mata.. Tapi aku redha, Tuhan lebih sayangkan dia. Siapakah aku untuk melawan takdir Yang Maha Esa.. Aku akan sentiasa berdoa, agar dipertemukan dengannya di akhirat kelak. Semoga kau bahagia di alam sana wahai kesayanganku, Rain.. 

No comments:

Post a Comment